Lelaki Berpaut Pada Suzuki Swift Di Seri Alam Positif Ketamin, Rupa-Rupanya Bergaduh Dengan Bekas Isteri

Lelaki Berpaut Pada Suzuki Swift Di Seri Alam Positif Ketamin, Rupa-Rupanya Bergaduh Dengan Bekas Isteri

Oh! Tidak

Lelaki berpaut pada Suzuki Swift bekas isteri kini ditahan polis.


Tular satu rakaman pendek memaparkan seorang lelaki bertindak nekad berpaut pada sebuah Suzuki Swift biru yang sedang bergerak di Bandar Seri Alam.

Aksi berbahaya itu bukan sahaja mencetuskan panik dalam kalangan pengguna jalan raya, malah menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial.

Pergaduhan bermula di pasar raya

Terbaru, Harian Metro melaporkan hasil siasatan yang dilakukan pihak polis. Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada konflik peribadi antara lelaki berkenaan dan bekas isterinya sendiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, pihak polis mengesan video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh akaun Komuniti Bandar Seri Alam dan segera menjalankan siasatan.

Hasil siasatan mendapati pertelingkahan antara lelaki dan wanita itu bermula sekitar jam 3.30 petang di sebuah pasar raya di Bandar Seri Alam.

Kemudian lelaki terbabit bertindak memanjat atas bonet dan berpaut di hadapan kereta yang dipandu wanita itu secara perlahan sejauh kira-kira dua kilometer. Kemudian sekumpulan lelaki dipercayai rakan kepada lelaki itu juga bertindak menghalang kereta terbabit. Mereka didapati memeras ugut dengan merampas barangan milik wanita itu dan memecahkan cermin kereta.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.50 petang sebelum ia menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Suspek ditahan awal pagi, positif ketamin

Polis

Polis kemudian menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an pada jam 2 pagi di Jalan Persisiran Seri Alam, Masai bagi membantu siasatan.

Mahkamah Johor Bahru membenarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 7 Mac untuk siasatan lanjut dijalankan.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif ketamin.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana sengaja melakukan pemerasan yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan perbuatan khianat terhadap harta benda, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu dengan sengaja menggunakan dadah, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Polis turut mengesahkan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes ini.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Arif Azlan Ali Ahmad di talian 011-61863876 atau hotline IPD Seri Alam di 07-3864222.

Pssttt! Isu rumah tangga atau konflik peribadi sepatutnya diselesaikan secara matang, bukan sehingga mengancam nyawa dan keselamatan awam.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top