Terpaksa telan ubat, Linda Rafar alami kemurungan akibat ditipu ‘datuk’ – “Nafas seperti berhenti”

Terpaksa telan ubat, Linda Rafar alami kemurungan akibat ditipu ‘datuk’ – “Nafas seperti berhenti”

Penyanyi Linda Rafar mendedahkan dia pernah berdepan episod kemurungan selepas didakwa menjadi mangsa penipuan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’, sehingga terpaksa mengambil ubat penenang bagi mengawal emosi.

Memetik laporan Gempak, Linda memberitahu kerugian yang ditanggung mencecah RM500,000 selepas individu berkenaan menawarkan kerjasama dalam satu urusan perniagaan.

Telan ubat alami kemurungan

Telan ubat alami kemurungan  linda rafar

Screenshot

“Saya tak sangka ditipu oleh seorang Datuk untuk buat bisnes. Sepanjang hidup, ini kali pertama saya melalui perkara macam ini. Impaknya sangat kuat sampai saya betul-betul tertekan hingga menyebabkan kemurungan.
“Di depan orang saya cuba nampak okey dan buat video gelak-gelak macam biasa, tapi hakikatnya saya terpaksa makan ubat untuk tenangkan diri. Saya asyik fikir, bila dia nak bayar? Bila dia nak pulangkan duit saya?
“Saya makan ubat yang doktor bagi selama tiga hari berturut-turut sebab apabila tidur, nafas saya seolah-olah seperti berhenti. Saya terlalu fikir sampai tidur pun jadi tidak tenang. Rasa seperti diganggu,” katanya  pada majlis berbuka puasa di Rumah Lauk, Shaftbury, Putrajaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Linda mengakui keyakinannya untuk menjalinkan kerjasama perniagaan timbul kerana dia mengenali individu terbabit yang dikatakan mempunyai gelaran serta dikenali dalam kalangan orang kenamaan.

“Ya, saya kenal. Dia bergelar datuk dan memang dikenali dalam kalangan VIP. Sebab itu saya agak takut nak cerita panjang.
“Dia juga berkawan dengan golongan VIP serta orang berpengaruh. Itu yang buat saya lebih yakin. Kalau orang biasa, mungkin kita fikir dia tak ada duit,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, dia mendedahkan bukan sekadar kerugian wang ringgit yang dirasai, malah perancangan yang telah diatur bersama keluarga turut terjejas.

Linda berkata, hasratnya untuk berkongsi rezeki dengan keluarga serta membantu golongan memerlukan termasuk institusi tahfiz juga tidak kesampaian akibat kejadian itu.

“Saya juga nak bersedekah kepada keluarga dan bantu tahfiz. Saya dah senaraikan siapa yang nak dibantu. Niat ke arah kebaikan, tapi tiba-tiba tak jadi. Itu yang buat saya lagi kecewa dan murung.
“Saya juga niat nak bawa anak-anak pergi umrah dan bercuti ke London. Anak-anak tanya kenapa batal. Saya terpaksa beri alasan ada penggambaran, padahal tak ada. Kesian mereka,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Pernah ‘hilang’ anak akibat kanser, Linda Rafar tak boleh tidur fikir cara bantu Amyza Adnan

Sebagai langkah berjaga-jaga, Linda memaklumkan dia telah melantik seorang peguam dan bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu terbabit terus gagal memulangkan wang berkenaan.

Sumber: Gempak (Asyikin Mayudin)

Scroll to Top