Oh! Negara
MCMC sahkan video pijak al-Quran berlaku di Singapura pada 2024 dan sedang sekat penyebaran di Malaysia.
Baru je tadi Ohmedia kongsi artikel tentang dakwaan satu lagi video pijak al-Quran yang mencetuskan kemarahan ramai. Ramai sangka kejadian itu berlaku di negara ini, namun perkara sebenar akhirnya diperjelaskan oleh pihak berkuasa.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan insiden dalam video tersebut sebenarnya berlaku di Singapura pada tahun 2024 dan individu terlibat dikenal pasti sebagai warga negara berkenaan.
MCMC terus buat siasatan awal dan tindakan segera diambil

MCMC memaklumkan mereka menerima aduan daripada orang awam selepas kandungan itu dimuat naik semula sehingga menimbulkan kegusaran dalam masyarakat. Susulan itu, siasatan awal terus dijalankan bagi mengenal pasti punca penyebaran.
MCMC menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan berkenaan yang dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
Dalam usaha mengekang penularan video pijak al-Quran ini, MCMC turut bekerjasama dengan beberapa platform media sosial utama. Antaranya termasuk Threads, Facebook dan TikTok bagi memastikan kandungan berkenaan disekat daripada terus diakses di Malaysia.
Justeru, kerjasama dengan pihak platform media sosial seperti Threads, Facebook dan TikTok sedang dijalankan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil, termasuk menyekat penyebaran serta akses kandungan berkenaan di Malaysia.- Katanya.
Penyebaran kandungan sensitif boleh dikenakan tindakan

MCMC menegaskan bahawa penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk. Malah, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana mana pihak yang sengaja menyebarkannya.
Orang ramai juga diminta untuk tidak terus menyebarkan video pijak al-Quran ini dan sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan.
Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada MCMC melalui pautan https://aduan.mcmc.gov.my atau kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.- Katanya.
Pssttt! Ohmedia faham isu macam ni memang mudah buat kita marah, tapi jangan sampai kita sendiri jadi penyumbang kepada penyebaran benda sensitif. Kalau nampak kandungan macam ni, hentikan di kita sahaja dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!


