Kisah khalwat kembali jadi perhatian apabila sepasang kekasih berusia 20-an ditahan dalam satu operasi di sebuah hotel di Johor Bahru pada jam 3 petang, bulan Ramadan.
Lebih mengejutkan, pasangan ini bukan sahaja berdua-duaan dalam bilik hotel, malah mengaku tidak berpuasa dan sempat makan mi segera sebelum diserbu penguat kuasa.
Operasi jam 3 petang temui pasangan kekasih berdua-duaan
Memetik laporan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pihaknya mengetuk pintu bilik hotel dan ia dibuka lima minit kemudian oleh seorang lelaki yang memakai seluar panjang serta t-shirt.

Pemeriksaan di dalam bilik mendapati ada seorang wanita di tandas sebelum diminta keluar. Wanita itu turut memakai seluar panjang dan t-shirt lengan panjang.
Hasil soal siasat mendapati mereka bukan suami isteri, hanya pasangan kekasih. Lelaki berusia 20-an itu masih bujang dan bekerja di Johor Bahru, manakala wanita juga berusia 20-an dan dalam rekod masih belum berkahwin serta bekerja di lokasi sama.
Di atas meja pula terdapat mi segera yang sudah dimakan separuh serta air kotak bersaiz besar yang tinggal sedikit. Kedua-duanya mengaku tidak berpuasa dan baru sahaja makan sebelum operasi dijalankan.
Apabila ditanya tujuan menyewa bilik hotel, mereka memberi alasan ada perkara yang hendak dibincangkan. Mereka juga mengaku mempunyai hasrat untuk bernikah, namun belum bertunang.
Pasangan ini akhirnya ditahan atas kesalahan khalwat di bawah Seksyen 27 dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.
Pssttt! Kalau sudah ada niat untuk bernikah, percepatkan perkara yang baik. Jangan kerana nafsu dan kelalaian seketika, masa depan dan maruah diri jadi taruhan. Ramadan sepatutnya jadi medan muhasabah, bukan ruang untuk diuji dengan perkara sebegini.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




