“Jangan Nak Cari Salah Dia” – Nedim Nazri Pertahan Nora Danish | Oh! Artis – Oh! Media

“Jangan Nak Cari Salah Dia” – Nedim Nazri Pertahan Nora Danish | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Komen Nora Danish terhadap hantaran Nedim Nazri di Threads undang reaksi netizen.


Usahawan, Nedim Nazri tampil bersuara mempertahankan bekas isterinya, Nora Danish, selepas komen pelakon itu di Threads mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut laporan mStar, Nedim berkata yang orang ramai tidak sepatutnya memperbesarkan perkara tersebut sehingga menimbulkan salah faham.

Betullah bekas isteri saya balas itu. Jangan nak cari salah dia. Dia sedang berubah menjadi lebih baik.

Kalau dia mengingati saya, Alhamdulillah. Dan kepada yang lain, bagilah jawapan yang korang nak bagi. Jangan persendakan seseorang.

Nedim muat naik hantaran mengenai perniagaan

Boss Ned

Sebelum ini, Nedim meluahkan rasa hairan melihat perniagaan yang dilihat perlahan sepanjang bulan Ramadan.

Saya pelik, kenapa bulan puasa sahaja semua perniagaan macam perlahan dan tidak berapa nak jalan?

Komen Nora Danish undang perhatian

Nora Danish

Namun, Nora memberikan jawapan ringkas yang mengundang pelbagai tafsiran. 

Kerana Allah nak kita beri fokus dengan ibadah. Buang dunia dan fokus akhirat.

Jawapan itu mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang beranggapan ia tidak sesuai, namun Nedim menegaskan tiada apa yang perlu diperbesarkan.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top