Trending
Pengarah ladang Farm Fresh, Jacob maut selepas helikopter dinaiki terhempas di Rizal, Filipina ketika lawatan kerja.
Syarikat tenusu terkenal, Farm Fresh Berhad memaklumkan seorang pegawai penting syarikat itu terkorban dalam satu nahas helikopter di Filipina.
Mangsa dikenali sebagai Jacob, yang merupakan Pengarah Ladang Farm Fresh dan antara individu penting dalam pembangunan operasi ladang syarikat tersebut.
Maut ketika lawatan kerja di Filipina

Menurut kenyataan yang dikongsikan pihak pengurusan Farm Fresh, Jacob meninggal dunia sekitar jam 7.20 pagi pada 3 Mac 2026 selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Pililla, wilayah Rizal, Filipina.
Difahamkan ketika kejadian, beliau sedang dalam perjalanan menggunakan helikopter baharu untuk melawat sebuah tapak ladang berpotensi sebelum pesawat tersebut mengalami masalah enjin dan terhempas.
Dalam kejadian sama, Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Filipina, Shawn turut cedera namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kenyataan itu turut menyatakan betapa kehilangan Jacob amat dirasai oleh seluruh keluarga besar Farm Fresh.
Bermula sebagai intern hingga jadi Pengarah Ladang

Jacob sebenarnya mempunyai sejarah panjang bersama Farm Fresh. Beliau menyertai syarikat itu kira-kira 13 tahun lalu sebagai pelatih universiti sebelum membina kerjaya sehingga dilantik sebagai Pengarah Ladang.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau dikenali sebagai individu yang bertanggungjawab, rajin belajar serta mempunyai personaliti yang disenangi ramai.
Malah, Jacob juga dianggap seorang yang baik hati dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua warga kerja dalam organisasi.
Menurut kenyataan sama, beliau memainkan peranan besar dalam memajukan bahagian ladang tenusu Farm Fresh selain membina hubungan kukuh dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC).
Kehilangan besar buat keluarga Farm Fresh

Pemergian Jacob disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat seluruh organisasi Farm Fresh yang selama ini melihatnya sebagai individu yang sangat dihormati dan dipercayai.
Beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang profesional dalam bidang kerjanya, malah juga seorang yang sangat mesra, sopan dan disenangi oleh rakan sekerja.
Farm Fresh turut menyatakan bahawa Jacob meninggalkan kenangan besar kepada syarikat dan akan sentiasa dikenang sebagai kakitangan yang sangat berdedikasi.
Pssttt! Pemergian seseorang ketika sedang menjalankan tanggungjawab kerja pastinya satu kehilangan yang amat menyedihkan, bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga rakan sekerja dan organisasi. Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan menghadapi dugaan ini dan mereka yang terlibat dalam nahas tersebut diberikan kesembuhan sepenuhnya.
Kredit: Facebook Farm Fresh Milk Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




