Konflik Asia Barat: China kekal pendirian adil

Konflik Asia Barat: China kekal pendirian adil
Konflik Asia Barat: China kekal pendirian adil

Wang Yi. Foto: China Media Group

BEIJING – China kekal konsisten dengan pendirian adil terhadap isu Asia Barat serta akan terus memainkan peranan konstruktif dalam membantu meredakan ketegangan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Luar China, Wang Yi semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Israel Gideon Sa’ar pada Selasa.

Yi berkata, China sentiasa komited dalam mendorong penyelesaian isu nuklear Iran menerusi pendekatan politik.

Pusingan rundingan baharu antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kemajuan ketara dengan mengambil kira kebimbangan keselamatan Israel, namun proses itu terganggu oleh operasi ketenteraan.

Beliau menegaskan bahawa penggunaan kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya boleh mencetuskan masalah baharu serta kesan sampingan yang serius.

“Nilai sebenar kekuatan tentera adalah untuk mencegah perang, bukan dipamerkan di medan perang,” katanya.

Yi turut menyeru agar tindakan ketenteraan dihentikan serta-merta bagi mengelak konflik berkenaan daripada terus memuncak.- Bernama-CMG

 

 

Ringkasan AI

  • China kekal konsisten dengan pendirian adil terhadap isu Asia Barat dan akan membantu meredakan ketegangan
  • Menteri Luar China, Wang Yi, berbual dengan Israel Gideon Sa’ar mengenai isu ini
  • China komited mendorong penyelesaian isu nuklear Iran melalui pendekatan politik
  • Rundingan antara Iran dan AS mencatat kemajuan namun terganggu oleh operasi ketenteraan
  • Wang Yi menegaskan penggunaan kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah dan meminta dihentikan tindakan ketenteraan
Scroll to Top