Trending
Fahmi Fadzil tegaskan kanak-kanak bawah 16 tahun tak boleh buka akaun media sosial sendiri. Ibu bapa diminta pantau aktiviti digital anak.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa kanak-kanak berumur bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial sendiri.
Namun, akaun yang dikendalikan oleh ibu bapa bagi pihak anak-anak adalah dibenarkan demi tujuan pemantauan dan keselamatan.
Menurut laporan Berita Harian, Fahmi Fadzil berkata langkah ini bertujuan melindungi golongan bawah umur daripada risiko ancaman dalam talian termasuk pemangsa siber.
Isu utamanya ialah siapa yang mengawal akaun tersebut… kita tidak mahu anak-anak yang mengawal akaun itu sendiri… kalau akaun itu dibuka oleh ibu bapa, sekurang-kurangnya mereka boleh tahu kalau ada individu yang tidak dikenali berhubung dengan anak mereka.
Malaysia guna pendekatan berbeza dari Australia

Fahmi turut memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang melaksanakan ‘regulatory sandbox’ bersama platform media sosial bagi mengenakan sekatan umur 16 tahun untuk pendaftaran akaun baharu.
Pendekatan Malaysia berbeza daripada Model Age Assurance di Australia kerana negara ini akan memanfaatkan perundangan khusus MyKad sebagai elemen keselamatan tambahan untuk pengesahan identiti dan umur.
Anak-anak masih dibenarkan menonton kandungan seperti di YouTube… cuma mereka tidak boleh membuka akaun sendiri.
“Peranti bukan pengasuh” – Fahmi Fadzil

Dalam masa sama, Fahmi mengingatkan ibu bapa agar tidak terlalu bergantung kepada gajet untuk ‘menjaga’ anak-anak.
Peranti bukan pengasuh. Ibu bapa ada tanggungjawab juga.
Program tersebut merupakan kerjasama strategik antara ICU JPM Wilayah Persekutuan dan Bank Muamalat Malaysia Berhad, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pssttt! Keselamatan anak-anak di dunia digital bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ibu bapa perlu peka, pantau dan bimbing sebelum terlambat.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




