Trending
Pergaduhan tercetus di Balai Polis Meru, Klang hingga rosakkan harta benda. Lima lelaki ditahan, suspek lain sedang diburu polis.
Suasana di Balai Polis Meru, Klang kecoh apabila sekumpulan individu terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kerosakan harta benda pada Isnin lepas.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 10 malam itu bermula apabila tiga lelaki hadir untuk membuat laporan berhubung perselisihan faham di sebuah tapak projek di Batu 5, Jalan Meru.
“Tentera Malaysia tolonglah bersihkan Klang tu” – Caprice
Menerusi Instagram, penyanyi rap terkenal, Caprice berkongsi video kejadian turut memberi respon berhubung isu keselamatan serta tindakan pihak berkuasa mengenai perkara itu.
Polis dekat Klang memang takut dengan gangster dari Klang ke? @pdrmsia_official Bukit Aman atau kasi @tenteradarat Tentera Malaysia tolong lah bersihkan Klang tu dari orang orang macam ni. Buat tindakan macam ape berlaku dekat cartel Mexico baru baru ni. InsyaAllah
Keadaan menjadi tegang apabila beberapa individu lain turut hadir sebelum tercetusnya pergaduhan di dalam balai polis berkenaan.
Lima lelaki ditahan bagi bantu siasatan pergaduhan dalam balai

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao memaklumkan bahawa insiden tersebut menyebabkan kerosakan peralatan termasuk sebuah televisyen di dalam balai berkenaan.
Setakat ini, lima lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan, manakala beberapa lagi suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu pihak polis.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak mengikut emosi dan menyerahkan sebarang pertikaian kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Pssttt! Apa jua masalah, selesaikan dengan cara matang. Bertindak mengikut emosi hanya akan membawa padah dan merugikan diri sendiri.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.


