PETALING JAYA: Dua pelumba berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Asri dan Nur Alyssa Mohd Farid terpaksa akur dengan kekalahan di pusingan pertama acara pecut dalam siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, hari ini.
Alyssa tewas kepada juara Sukan Asia 2022, Yuan Liying dari China selepas ketinggalan 0.216 saat (s).
Nasib sama turut menimpa Izzah apabila dia sekali lagi tewas kepada juara dunia dari New Zealand, Ellesse Andres di Velodrom SpeedDome dekat Midvale.
Itu merupakan kekalahan kedua Izzah selepas dia turut tewas kepada Andres di pusingan pertama acara pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2025 dekat Chile pada Oktober lalu. – UTUSAN




