
Masoud Pezeshkian. Foto: Agensi
ISTANBUL – Presiden Iran berkata pada Sabtu, negaranya akan menghentikan serangan terhadap negara jiran melainkan serangan dilancarkan terhadap Iran dari wilayah mereka, lapor Anadolu Ajansi, memetik Press TV yang dikendalikan kerajaan.
“Majlis pimpinan sementara mengumumkan semalam bahawa tidak akan ada lagi serangan ke atas negara jiran dan tiada pelancaran peluru berpandu melainkan serangan berasal dari negara-negara tersebut terhadap Iran,” kata Masoud Pezeshkian dalam ucapan di televisyen kepada rakyat Iran.
Beliau juga memohon maaf kepada negara jiran, ketika ketegangan serantau kian meningkat, mengatakan Iran “tidak berniat untuk menceroboh negara lain.”
Pezeshkian juga menolak jangkaan bahawa Iran akan menyerah tanpa syarat, mengatakan bahawa mereka yang mempunyai harapan sedemikian “akan membawa impian mereka ke kubur.”
Iran pada 28 Feb melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera Amerika Syarikat.
Menurut Tehran, ia sebagai tindak balas terhadap kempen ketenteraan AS-Israel terhadap Iran pada Sabtu lepas yang telah membunuh ratusan orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei dan pegawai tinggi tentera. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Presiden Iran mengumumkan akan menghentikan serangan ke negara jiran kecuali jika diserang dari wilayah mereka
- Iran meminta maaf kepada negara jiran dan menegaskan tidak berniat menceroboh
- Pezeshkian menyatakan Iran tidak akan menyerah tanpa syarat
- Iran melancarkan peluru berpandu dan dron ke Israel dan negara-negara Teluk sebagai balasan terhadap serangan AS-Israel
- Serangan balasan Iran adalah tindak balas kepada serangan yang membunuh ratusan termasuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei



