Tentera Israel dakwa lancar serangan udara di seluruh Iran

Tentera Israel dakwa lancar serangan udara di seluruh Iran
Tentera Israel dakwa lancar serangan udara di seluruh Iran

Letupan berlaku berhampiran Menara Azadi dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Teheran susulan serangan udara pada 7 Mac lalu. – AFP

ISTANBUL – Tentera Israel memaklumkan pada Ahad bahawa pihaknya melancarkan serangan udara yang menyasarkan apa yang disifatkan sebagai “infrastruktur ketenteraan Iran” di seluruh negara itu.

Menurut kenyataan tentera, satu gelombang serangan udara dilancarkan dengan menyasarkan infrastruktur ketenteraan milik rejim Iran di beberapa lokasi di Iran.

Tentera Israel turut mendakwa pesawat pejuang F-14 milik Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Isfahan menjadi antara sasaran serangan tersebut.

Setakat jam 7 pagi (waktu tempatan), tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Iran berhubung serangan yang dilaporkan itu.

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Serangan itu dilaporkan telah mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, lebih 150 pelajar perempuan serta beberapa pegawai kanan tentera.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan balas besar-besaran yang menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat, kemudahan diplomatik dan anggota tentera negara itu di seluruh rantau berkenaan, selain beberapa bandar utama di Israel. – Bernama

Ringkasan AI

  • Tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap infrastruktur ketenteraan Iran
  • Serangan menyasarkan lokasi-lokasi utama termasuk pesawat pejuang F-14 di Lapangan Terbang Antarabangsa Isfahan
  • Tiada kenyataan rasmi dari Iran mengenai serangan tersebut setakat jam 7 pagi GMT
  • Ketegangan meningkat selepas serangan berskala besar oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari
  • Serangan itu mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran dan menyebabkan Iran melancarkan serangan balas
Scroll to Top