“KA Tolong Tangkap Orang Tu” – Daiyan Trisha Jadi Mangsa Scam Rembayung

“KA Tolong Tangkap Orang Tu” – Daiyan Trisha Jadi Mangsa Scam Rembayung

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha reda apabila dia bersama rakan-rakannya tidak dapat menikmati hidangan di restoran Rembayung akibat ditupu scammer.

Menerusi satu video di TikTok, Daiyan berkata dia dan rakan-rakan kekal tenang meskipun menjadi mangsa penipuan serta mengatakan tidak baik siapa yang scam di bulan Ramadan ini.

BACA: Nama Dipetik Jadi Isteri Keempat VVIP, Daiyan Trisha Hanya Ketawa

“Sebab bulan puasa… kita reda sajalah. Ada terfikir (scam), sebab itu kita tenang. Tapi sesiapa yang scam orang tu, siaplah korang bulan puasa ini tak baik tau,” katanya. 

Turut menjadi perhatian, Daiyan berseloroh meminta pempengaruh Khairul Aming untuk menangkap individu berkenaan.

Malah, Daiyan trutu berseloroh mendoakan agar individu tersebut berdepan dugaan kerana berbuat demikian terhadap mereka.

“Kami semua mangsa scam Rembayung. Khairul Aming… KA, kalau tengok ni KA… pergi tangkap orang yang scam kita tu. 

“Saya harap orang yang scam kita itu stokin dia basah, lepas itu bantal dia panas, kalau hujan, biar air hujan itu masuk dalam kasut dia dan tak berhenti-henti basah sampai tiga jam,” katanya.


Scroll to Top