Anggap tindakan hina simbol Hindu melampau, Syahredzan gesa pihak berkuasa bertindak

Anggap tindakan hina simbol Hindu melampau, Syahredzan gesa pihak berkuasa bertindak

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera susulan insiden seorang individu didakwa hina simbol Hindu iaitu ‘Trisula’, yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penganut agama tersebut.

Anggap tindakan hina simbol Hindu keterlaluan

Menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook, beliau memandang serius insiden berkenaan yang turut membawa kepada laporan polis terhadap individu terlibat.

“Saya memandang serius insiden ini dan mengutuk keras tindakan yang melampau ini, sama seperti kecaman saya terhadap penghinaan ke atas kitab suci Al-Quran bulan lepas,” tulisnya.

hina simbol hindu

Tular video dakwaan hina simbol Hindu

Tambahnya, dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama, keharmonian rakyat perlu dipelihara dan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan harus dielakkan.

“Apa-apa perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama harus dielakkan, dan sebarang hinaan dan provokasi agama, tidak kira agama apa sekalipun, wajar diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
“Isu penggunaan tanah dan rumah ibadat yang dibina tidak mengikut peraturan tidak sama sekali mewajarkan tindakan seperti ini,” katanya.

hina agama hindu

Gesa pihak berkuasa ambil tindakan terhadap hina simbol Hindu

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa terutama polis supaya mengambil tindakan segera termasuk menjalankan siasatan memandangkan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.

“Saya menggesa supaya pihak berkuasa, terutama sekali pihak polis, untuk mengambil tindakan tegas dan dengan kadar segera, termasuk menyiasat insiden ini memandangkan laporan polis juga telah dibuat.
“Jika tidak, keyakinan orang ramai ke atas pihak berkuasa akan terhakis dan ada pihak yang mengambil tindakan sendiri (take the law into their own hands),” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan untuk mempergiatkan usaha memperkukuh hubungan antara agama terutama dalam kalangan generasi muda.

“Saya sekali lagi menggesa supaya pihak Kerajaan, terutama sekali Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perpaduan untuk bersama-sama merangka program untuk memperbanyakkan aktiviti di kalangan anak muda pelbagai bangsa dan agama.
Saya juga mengulangi seruan supaya suatu perjumpaan diadakan di kalangan wakil-wakil agama untuk meredakan ketegangan yang tercetus mutakhir ini,” 

hina agama hindu

Artikel lain: KPN pandang serius, tegas pertahankan keharmonian negara – Aaron Ago

Terdahulu, tular di media sosial tindakan seorang individu telah menginjak Sulam, simbol sembahan Hindu di dalam hutan.

Perkara tersebut menjadi perdebatan lebih-lebih lagi setelah isu seorang pelajar institusi pengajian tinggi memijak al-Quran, kitab suci umat Islam.

Sumber: Facebook Syahredzan Johan 

Scroll to Top