“Kalau memang ada, bagitahu. You terus move on, saya pun move on”.
Demikian respons pelakon Siti Elizad Sharifuddin apabila berkongsi pandangannya mengenai kepercayaan dalam sesebuah rumah tangga selain batas yang perlu dijaga antara suami isteri.
Menurut Elizad ketika sesi temu bual bersama program Nona TV3, dia mengaku sebagai seorang isteri perasaan risau akan selalu ada bila pasangannya keluar bekerja, namun dia memilih untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap suami, Shamsul Baharin.
“Kadang-kadang kita sebagai isteri, kalau suami keluar nak pergi kerja je kita macam akan terfikir ‘Kejap lagi nak main WhatsApp lah tu dengan orang lain’ atau ‘kejap lagi nak jumpa orang lain lah tu’. Tapi insyaa-Allah aku yakin dengan suami aku,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Elizad juga tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak suka ditipu terutamanya melibatkan hubungan suami isteri.
Jelasnya, isu ‘kantoi’ atau curang melibatkan pasangan adalah perkara paling dibenci olehnya.
“Andai kata kalau ada, dia memang tahu… Aku gentle je, cuma jangan menipu. Kalau memang ada, bagitahu. You terus move on, saya pun move on.
“Saya tak ada nak nangis-nangis. Aku rasa aku keras sedikit part-part itu. Jadi aku pesan masa awal-awal kahwin, aku pantang benda-benda jangan kantoi perempuan sahaja.
“Satu kali you kantoi perempuan, you mungkin tak ada dengan I. Dia pun faham. Macam dia, dah beritahu aku awal-awal yang dia tak suka aku bila dengan lelaki lain tiba-tiba meleweh atau bermanja-manja.
“Jadi aku menghormati apa yang dia suka dengan tak suka, begitu juga aku,” jelasnya.




