Banyak Lagu Raya Rancak, Kita Kekurangan Lagu Sedih – Ajai

Banyak Lagu Raya Rancak, Kita Kekurangan Lagu Sedih – Ajai

Penyanyi dan komposer, Ajai berkata industri hiburan tanah air kekurangan lagu raya sedih berikutan lagu nada rancak membanjiri dalam tempoh lima tahun ini.

Memetik Utusan Online, Ajai berkata banyak yang menghasilkan lagu raya rancak mungkin kerana trend semasa.

BACA: Hafiz Suip Imamkan Solat Jenazah Ibu, Ajai Terbang Ke Sarawak Beri Penghormatan 

“Mungkin zaman ini orang kejar trend, jadi semuanya banyak hasilkan lagu rancak. Kita semakin kekurangan lagu-lagu yang perlahan. Saya fikir perlu ada pengkarya yang mahu mengisi ruang kosong itu.

“Jika semua buat lagu raya dengan gaya yang lebih kurang sama, kita tak ada kelainan. Saya tidaklah sampai rasa nak halang buat lagu rancak, sebab mana ada undang-undang kata begitu. Cuma kalau ada kreativiti, boleh saja diketengahkan,” katanya.

Sementara itu, Ajai berkata lagu raya sedih dicipta bagi merakam rasa sedih yang dialami segelintir individu semasa sambutan hari raya melibatkan keluarga.

“Lagu sedih ini akan buat kita nak balik kampung beraya bila masing-masing dah lama tak pulang jumpa emak dan abah. Cuma saya juga ingin tekankan pentingnya para penyanyi mempunyai gaya dan identiti tersendiri. 

“Saya tabik dengan Mimi Fly yang berjaya memberikan sesuatu dan buat orang Melayu khususnya nak dengan lagu yang dihasilkannya,” katanya.

Sumber: Utusan


Scroll to Top