
Sekurang-kurangnya 460 orang maut dan 4,309 lagi cedera di Teheran akibat serangan AS-Israel. Foto Agensi
ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 460 orang maut dan 4,309 lagi cedera di ibu negara Iran, Teheran, sejak bermulanya serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan.
Timbalan Ketua Jabatan Kesihatan Kecemasan Tehran, Mehr Soroush memberitahu penyiar awam IRIB News pada Selasa bahawa sebanyak 18 ambulans dan 18 pangkalan kecemasan di ibu negara itu turut mengalami kerosakan dalam serangan yang bermula sejak 28 Februari lepas.
Israel dan AS terus melancarkan serangan bersama ke atas Iran sejak tarikh berkenaan, yang secara keseluruhan telah mengorbankan lebih 1,200 orang dan mencederakan lebih 10,000 yang lain.
Teheran telah membalas serangan itu dengan melancarkan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 460 orang maut dan 4,309 lagi cedera di Teheran akibat serangan AS-Israel
- Sebanyak 18 ambulans dan 18 pangkalan kecemasan di Teheran mengalami kerosakan
- Serangan bersama Israel dan AS ke atas Iran telah mengorbankan lebih 1,200 orang dan mencederakan lebih 10,000
- Teheran membalas dengan melancarkan dron dan peluru berpandu ke beberapa negara termasuk Israel dan Jordan
- Serangan ini bermula sejak 28 Februari



