Temui pengganti Farid Kamil? Diana Danielle akui sedang hangat dilamun cinta

Temui pengganti Farid Kamil? Diana Danielle akui sedang hangat dilamun cinta

Pelakon Diana Danielle menjelaskan lelaki yang sering menemaninya kini merupakan teman istimewa yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Screenshot

Memetik laporan HibGlam, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata dia kini membuka lembaran baharu dalam hidupnya selepas menjalinkan hubungan rapat dengan lelaki bujang tersebut.

“Perkara itu bukan sesuatu yang besar bagi saya dan rasanya tak salah (jalin hubungan) memandangkan sudah hampir setahun bab itu (perceraian) berlaku dalam hidup saya.
“Saya fikir sudah sampai masanya (buka pintu hati), malah saya sudah bersedia untuk ‘move on’.
“Saya kini mengenali seseorang yang sesuai, matang, jadi kita boleh buat keputusan sendiri,” katanya di Red Box Karaoke, The Gardens Mall, semalam.

Mengulas sama ada dia berdepan kesukaran sebelum terbuka untuk menjalin hubungan baharu dengan ahli perniagaan berkenaan, Diana yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata cabaran itu mungkin lebih dirasai oleh kekasihnya.

Pelakon filem Imaginur itu bagaimanapun menjelaskan dia akan berusaha mencari jalan terbaik sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya rasa memang susah untuk dia (kekasih) kerana saya sukar untuk percayakan orang baru.
“Lagipun saya ada anak, takut ada isu sampingan dan sebagainya. Jadi, saya cuba uruskan perkara ini dengan perlahan, berhati-hati serta cuba untuk tak salah langkah,” ujarnya.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Diana mengakui buat masa ini dia lebih selesa menumpukan hubungan antara mereka berdua sahaja.

“Sekarang dia kerap dengan saya sahaja, bukan dengan anak-anak. Saya pilih tak campur adukkan perkara itu,” katanya.

Pada masa sama, Diana berkata dia tidak meletakkan sebarang sasaran dalam hubungan tersebut dan memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

“Masih terlalu awal bercakap soal ke depan. Segala-galanya masih terlalu awal, kita jalani saja dengan tenang,” tambahnya lagi.

Artikel lain:Video bersama lelaki, Diana Danielle enggan ulas – “Saya umum bila tiba waktu”

Terdahulu, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor **Farid Kamil** pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai kali pertama menerusi prosiding secara Google Meet pada 10 Ogos 2023 sebelum kembali rujuk. Hubungan mereka akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac 2025.

Sumber: HibGlam (Hanisah Selamat)

Scroll to Top