Oh! Tidak
Iran lancar gelombang ke 37 serangan peluru berpandu ke Israel, Tel Aviv dilaporkan alami letupan.
Iran nampaknya tidak akan berhenti dari bertindak balas selepas diserang dan kini mereka melancarkan gelombang ke-37 serangan peluru berpandu dan dron ke arah Israel.
Tindak balas Iran ini berlaku ketika Amerika Syarikat dan Israel masih berterusan menyerang mereka dengan beberapa negara Teluk kini berada dalam mod pertahanan penuh kerana ancaman projektil yang semakin meningkat.
Beberapa negara Teluk termasuk Bahrain, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi dilaporkan meningkatkan tahap keselamatan selepas menerima amaran kemungkinan projektil dari Iran.
Letupan kuat didengari di sekitar Tel Aviv

Sumber tempatan di Israel melaporkan bunyi letupan di kawasan sekitar Tel Aviv dipercayai akibat peluru berpandu yang ditembak Iran. Tentera Israel turut mengaktifkan sistem pertahanan pelbagai lapisan bagi memintas serangan peluru berpandu tersebut.
Bagaimanapun, beberapa projektil dipercayai berjaya melepasi pertahanan dan menyebabkan kecederaan di beberapa kawasan.

Dalam masa sama, sistem pertahanan udara di Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi turut diaktifkan bagi menangani ancaman projektil yang memasuki ruang udara mereka. Pasukan pertahanan Arab Saudi dilaporkan cuba memintas projektil yang datang dari arah Iran.
Selain Israel, beberapa laporan turut menyebut bahawa serangan dari Iran turut menjangkau Cyprus serta beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau Teluk.
Pssttt! Ohmedia harap konflik seperti ini dapat diselesaikan secara diplomasi dan tidak terus berlarutan. Bila perang makin besar, rakyat biasa juga yang paling terkesan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



