Polis tahan dua warga Indonesia miliki rokok tidak bercukai

Polis tahan dua warga Indonesia miliki rokok tidak bercukai

mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Polis menahan dua lelaki warga Indonesia kerana memilik rokok tidak bercukai dipercayai untuk dijual di Pandan Indah, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, bertindak atas maklumat pada jam 10 malam satu pasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah membuat serbuan di sebuah premis di Jalan Pandan, Pandan Indah.

Menurutnya, hasil serbuan berjaya menahan dua lelaki warganegara Indonesia dan merampas sejumlah rokok tidak bercukai pelbagai jenama.

“Kedua suspek direman selama empat hari bermula kelmarin sehingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top