Pelakon dan pengacara, Betty Rahmad memaklumkan bahawa dirinya telah menyerahkan isu tuduhan tidak berasas yang mengaitkan dirinya dengan sikap kurang ajar ketika menghadiri sebuah acara kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
Menerusi perkongsian di Threads, menurutnya perkara tersebut pada awalnya dibiarkan tanpa sebarang respons selama lebih seminggu. Namun, keadaan menjadi semakin serius apabila dakwaan yang tersebar semakin ditokok tambah sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan tidak benar.
Diam tak bermaksud rela dipijak

“Dah lebih dari seminggu perkara ini dibiarkan. Namun semakin lama dibiarkan, semakin banyak cerita dan tuduhan yang tidak berasas,” ciapannya, semalam.
Betty turut menegaskan bahawa sikap berdiam diri sebelum ini bukan bermaksud merelakan dirinya terus dipersalahkan atau dipijak oleh pihak tertentu.
“Diam tak bermaksud saya merelakan diri dipijak,” jelasnya.
Sehubungan itu, dia mengambil keputusan untuk menyerahkan perkara tersebut kepada peguam bagi melindungi maruah dirinya serta agama daripada terus dipalit dengan tuduhan yang tidak benar.
Screenshot
“Demi menjaga maruah diri dan agama, saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang,” katanya.
Dalam masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu memberi amaran kepada mana-mana pihak yang terus menyebarkan atau menokok tambah cerita berkaitan isu berkenaan supaya berhenti daripada menyebarkan fitnah.
“Kepada mana-mana pihak yang menokok tambah atau menyebarkan fitnah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” tambahnya lagi.
Screenshot
Artikel lain:Peniaga dakwa Betty Rahmad kurang hajar, maki staf secara terbuka – “Kau siapa, artis?”
Terdahulu, tular di media sosial seorang peniaga yang mendakwa pelakon itu bersikap kurang sopan ketika menghadiri sebuah reruai jualan miliknya, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen. Namun setakat ini, Betty memilih untuk menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak perundangan.
Sumber: Threads bettyrahmad




