nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Muhammad Abdul Ghani meninggal dunia di kediamannya malam tadi.
Allahyarham yang juga bekas Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) meninggal dunia jam 10.30 malam di kediamannya di Pulau Hilir, Kubang Kerian.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Akbar Salim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, mewakili seluruh kepimpinan Badan Perhubungan UMNO empat peringkat.
“Didoakan semoga Alah SWT kurniakan husnul khotimah kepada Allahyarham dan menempatkannya bersama hamba-Nya yang beriman,” katanya menerusi kenyataan di sini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




