Setiap kali Raya, timeline media sosial kita biasanya dipenuhi dengan perkara yang sama.
OOTD sedondon. Rumah kemas dan cantik. Gambar keluarga dengan caption panjang penuh emosi.
Semuanya nampak sempurna. Tapi pernah tak korang terfikir siapa sebenarnya yang menjadikan semua itu realiti?
Tahun ini, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) menerusi video raya bertajuk Hero Raya mengajak kita melihat semula dan menghargai hero sebenar dalam hidup kita.
Mesejnya cukup ringkas, tapi sangat dekat di hati.
Bukan hero dalam drama atau filem, tetapi insan yang setiap hari memikul tanggungjawab untuk keluarga tanpa banyak bicara.
Mereka inilah hero sebenar. Kenapa? Kerana merekalah yang sentiasa bersedia dan merancang yang terbaik demi orang tersayang.
Meerqeen tampil berbeza, bukan lagi hero drama

Video ini turut menampilkan pelakon popular Meerqeen, namun kali ini dalam sisi yang berbeza.
Jika sebelum ini dia sering muncul sebagai hero romantik dalam drama, kali ini watak yang dibawa jauh lebih dekat dengan realiti kehidupan.
Dalam video ini, hero bukan tentang populariti atau spotlight.
Ia tentang ayah yang diam-diam menyimpan duit untuk kecemasan. Tentang ibu yang sentiasa memikirkan masa depan anak-anak.
Tentang mereka yang memikul tanggungjawab tanpa pernah mengeluh.
Melalui video ini, PruBSN cuba menyampaikan satu mesej yang cukup kuat iaitu setiap orang ada peranan dan setiap peranan itu memerlukan keberanian.
Tonton, komen & menang dalam ‘Kisah Hero Raya’

Kalau korang dah tonton video raya ini, jangan lepaskan peluang untuk sertai peraduan Tonton dan Menang Kisah Hero Raya.
Peraduan ini berlangsung dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026 (11.59 malam).
Cara untuk sertai pun sangat mudah:
- Tonton video rasmi Hero Raya di platform media sosial rasmi PruBSN.
- Like hantaran tersebut.
- Tinggalkan komen dengan menandakan (tag) tiga orang hero dalam hidup korang.
- Isi borang penyertaan rasmi di laman web PruBSN dengan maklumat lengkap.
Pemenang akan diumumkan di media sosial rasmi PruBSN.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk korang kongsikan siapa sebenarnya hero dalam hidup korang.
20 tahun PruBSN bersama perjalanan rakyat Malaysia
Kempen raya ini juga selari dengan ulang tahun ke-20 PruBSN menerusi tema “Kaulah Hero Duniamu.”
Selama dua dekad, PruBSN membina hubungan rapat dengan rakyat Malaysia daripada individu bujang yang baru memulakan kerjaya, pasangan muda yang sedang membina keluarga, hinggalah ibu bapa yang mahu memastikan masa depan anak-anak sentiasa terjamin.
Setiap fasa kehidupan hadir dengan cabaran tersendiri.
Dan setiap keputusan yang dibuat untuk melindungi keluarga adalah satu bentuk keberanian.
Ta’awun Ramadan kini kembali
Sempena ulang tahun ke-20 ini juga, PruBSN meneruskan program Ta’awun Ramadan untuk tiga tahun berturut-turut.
Melibatkan 600 orang petugas dan ejen Takaful sebagai sukarelawan di seluruh negara, program ini merangkumi aktiviti memasak, membungkus dan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada komuniti setempat.
Istimewanya tahun ini, 20 juadah tempatan diperkenalkan sebagai simbol 20 tahun perjalanan PruBSN. Setiap hidangan melambangkan kepelbagaian, kebersamaan dan semangat membantu antara satu sama lain.
Ta’awun yang bermaksud pertolongan bersama adalah prinsip asas Takaful dan prinsip inilah yang terus menjadi nadi kepada PruBSN dalam memperkasa rakyat Malaysia agar lebih bersedia melindungi diri dan keluarga.
Raya ini, mungkin kita tak perlu cari hero jauh-jauh.
Kadang-kadang hero itu adalah insan yang setiap hari memastikan dapur berasap, bil dibayar dan masa depan keluarga terjamin.
Dan seperti mesej kempen ini, mungkin juga hero itu adalah diri korang sendiri.




