“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah malam tadi bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan pengacara dan penyanyi, Roslan Shah.

Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan yang diundang untuk membuat persembahan dan menghiburkan para pengunjung berkata, kejadian tersebut berlaku secara tiba tiba sehingga menimbulkan rasa terkejut dan panik dalam kalangan orang sekeliling.

“Memang ada sedikit kelecohan berlaku malam tadi. Selepas bergambar dengan saya, tiba-tiba peminat itu pengsan. Pada mulanya saya ingat dia bergurau atau main-main,” katanya.

Terdahulu, Cik Lan berkongsi video kejadian terbabit di akaun TikTok miliknya dan perkara itu mencuri perhatian ramai.

@realroslanshahkesian adik ni macam kena anxiety attack tiba tiba, masa cik lan buat show di SICC, sabah.

♬ original sound – Roslan Shah – Cik Lan

Tambah penyanyi lagu Sassuey Raya ini, dia kemudian mula menyedari situasi sebenar selepas melihat keadaan peminat tersebut yang kelihatan cemas dan seperti mengalami serangan keresahan.

“Bila saya nampak dia macam panik, saya pun terus rasa terkejut dan risau. Memang tak sangka perkara macam itu boleh berlaku depan mata,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Walau Sibuk Dengan Aktiviti Seni, Roslan Shah Tetap Utamakan Tanggungjawab Jaga Bapa Tiri

Tambahnya, dia pada awalnya berniat untuk membantu, namun mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati memandangkan peminat berkenaan merupakan seorang wanita bertudung selain kejadian berlaku di tempat awam.

“Saya memang terfikir nak bantu angkatkan, tetapi saya tak mahu tersalah tindakan sebab dia wanita bertudung dan keadaan pula di tempat terbuka yang ramai orang. Jadi saya serahkan kepada mereka yang lebih sesuai untuk membantu,” katanya.

Pelantun lagu Alamak Terlepas Bus Raya itu bagaimanapun menarik nafas lega apabila peminat tersebut segera dibantu oleh petugas Fiesta Mega Raya 2026 yang berada di lokasi.

Menurutnya, petugas acara pantas memberi bantuan dengan menenangkan peminat berkenaan serta membawanya ke kawasan yang lebih selesa untuk berehat.

“Alhamdulillah Fiesta Mega Raya 2026 cepat membantu. Mereka bagi peminat itu kipas, bagi dia minum air dan suruh peminat itu duduk berehat sekejap. Selepas itu, keadaan dia nampak semakin okay,” katanya.

Fiesta Mega Raya 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 18 Mac di SICC, Kota Kinabalu, dianjurkan sebagai festival Aidilfitri berskala besar yang menghimpunkan pelbagai elemen termasuk membeli-belah, makanan dan minuman, hiburan keluarga, budaya, gaya hidup serta keusahawanan dalam satu platform bertaraf antarabangsa. Penganjuran acara itu juga dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tempoh berlangsung.

Antara tarikan utama fiesta berkenaan ialah penyertaan vendor terpilih, persembahan artis dan selebriti, aktiviti pentas harian, zon tematik Aidilfitri, pameran produk halal dan pelbagai aktiviti mesra keluarga. Acara itu turut membawa tagline rasmi “Raya Paling Meriah Bah!”

Scroll to Top