Rombakan terbaru struktur Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh utama gabungan itu mengalami perubahan kedudukan, termasuk bekas Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Jawatan pengerusi diambil alih Dr Sam
Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, rombakan tersebut memperlihatkan, Muhyiddin kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi PN selepas kerusi Pengerusi diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Radzi Jidin Ketua Pengarah Pilihan Raya
Mohamed Azmin dilantik Timbalan Setiausaha Agung PN, manakala jawatan Setiausaha Agung kini disandang Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Sanusi pula kini Bendahari Agung PN berbanding sebelum ini sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya, jawatan yang kini dipegang Datuk Radzi Jidin.

Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan PN, manakala jawatan Ketua Wanita PN kini diisi Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi menggantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang digugurkan.
Jawatan Ketua Pemuda PN kekal disandang Afnan Hamimi Taib Azamuddeen, dan dua presiden parti komponen, Datuk Dominic Lau serta Punithan Paramsiven, kekal sebagai Timbalan Pengerusi.

Artikel lain: Radzi Jidin nafi tawar diri jadi calon Ketua Pembangkang – “Saya tidak pernah menyebut nama…”
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang daripada PAS dijangka diumumkan hujung Mac, dan akan menyertai struktur kepimpinan PN yang baru.
Rombakan ini dilihat sebagai langkah strategik gabungan untuk menyusun semula kepimpinan, memastikan struktur lebih dinamik dan bersedia menghadapi cabaran politik serta pilihan raya akan datang.
Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)



