Teguran pendakwah bebas, PU Syed mengenai trend video joget raya dalam kalangan warga pendidik nampaknya terus menjadi perbincangan di media sosial.
Selepas kenyataannya sebelum ini mengundang pelbagai reaksi, PU Syed sekali lagi tampil memberikan penjelasan bahawa teguran tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk diri lebih baik daripada orang lain.
PU Syed jelaskan tujuan teguran
PU Syed menegaskan bahawa teguran yang disampaikan hanyalah sebagai peringatan kepada masyarakat, khususnya warga pendidik yang terlibat menghasilkan video joget sempena Hari Raya.
Menurutnya, jika video raya yang dihasilkan sekadar biasa-biasa mungkin tidak menjadi isu, namun perkara itu berbeza apabila melibatkan unsur joget.
PU Syed turut berkata sesiapa yang terasa dengan teguran tersebut boleh mengambilnya sebagai peringatan untuk melakukan penambahbaikan.
Seru pihak sekolah pantau

Dalam masa sama, PU Syed turut mengingatkan bahawa terdapat banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk memeriahkan sambutan Hari Raya tanpa menghasilkan kandungan yang boleh mengundang perkara kurang baik.
Menurutnya, pihak pentadbiran sekolah juga boleh memainkan peranan memantau perkara tersebut.
Beliau juga berharap golongan asatizah di sekolah dapat menasihati dan memberi panduan kepada warga pendidik supaya tidak terlibat dalam perkara yang dianggap sia-sia terutama ketika bulan Ramadan.
Saya harap tidak ada asatizah atau ustazah cikgu-cikgu ustaz-ustaz yang join sekali dalam perbuatan yang sia-sia pada bulan ramadan ini.
PU Syed turut memohon maaf jika teguran yang diberikan menimbulkan rasa kurang senang, namun menegaskan ia sekadar peringatan kepada masyarakat.
Pssttt! Sebagai pendakwah PU Syed sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk menegur. Sama-sama kita ambil teguran dari sudut positif.
Kredit: Instagram PU Syed
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




