Lelaki lemas selepas diserang sawan ketika mandi sungai

Lelaki lemas selepas diserang sawan ketika mandi sungai

am@hmetro.com.my

Kangar: Lelaki meninggal dunia akibat lemas selepas diserang sawan ketika mandi sungai bersama keluarganya di kawasan rekreasi Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Muhammad Taufiq Asri, 24, dari Kampung Permatang Kersik, Simpang Ampat disahkan meninggal dunia pada 2.37 petang ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Katanya, polis menerima maklumat kejadian daripada doktor di Zon Merah, Unit Kecemasan HTF pada 2.30 petang.

“Siasatan mendapati mangsa bersama ahli keluarganya mengadakan sambutan hari keluarga di lokasi berkenaan bermula 10 pagi, sebelum dia diserang sawan ketika berada di dalam air.

“Ahli keluarganya kemudian meminta bantuan orang awam yang berada di kawasan itu untuk menghantar mangsa ke hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut tidak menemukan unsur jenayah, manakala mangsa yang bekerja sendiri mempunyai sejarah penyakit sawan sejak kecil dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kangar dan klinik swasta.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian akibat lemas dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top