Oh! Artis
Mawi dedah pengalaman pelik ketika popular apabila menerima hadiah seluar dalam wanita daripada peminat.
Penyanyi terkenal, Mawi berkongsi pengalaman paling mengejutkan ketika berada di puncak populariti dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Mawi, dia pernah menerima satu hadiah luar biasa daripada peminat ketika menghadiri sebuah persembahan di luar negara.
Waktu itu ada satu negara ini saya pergi untuk show, lepas persembahan saya balik bilik hotel. Penuh hadiah dalam bilik saya. Saya bukalah hadiah-hadiah itu dengan ayah.
Kotak pink berbau wangi rupanya berisi seluar dalam

Mawi berkata, dia terkejut apabila membuka sebuah kotak berwarna pink yang dihias dengan reben.
Bila saya buka salah satu hadiah ni, kotak warna pink siap dengan reben. Wangi. Sekali tengok ada satu kertas dan bila buka seluar dalam perempuan. G-string. Seluar dalam itu dah pakai dan ada lendir.
Situasi itu membuatkan Mawi panik, namun bapanya segera menasihatinya supaya tidak menyentuh barang tersebut.
Saya pun panik. Ayah saya cakap jangan sentuh. Ayah ambil penyangkut baju dan tarik. Lendir tu jatuh, masih fresh. Ayah saya masukkan dalam mangkuk tandas dan flush. Settle. Seram juga tu.
“Ujian wanita yang datang ini memang masya-Allah.” – Mawi

Perkara ini dikongsikan Mawi dalam program Sembang Seram di YouTube Safwan Nazri yang tanya tentang apa cabaran Mawi sewaktu zaman kegemilangannya selepas menjuarai Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).
Menurut Mawi, ujian daripada peminat wanita juga antara perkara yang mencabar ketika bergelar artis terkenal.
Ujian wanita yang datang ini memang masya-Allah. Nak tepis macam mana tu kena betul-betul kuatlah. Yang datang bukan biasa-biasa.
Kredit: YouTube
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




