Program Cahaya Ramadan: Gardenia santuni 50 keluarga asnaf, edar 138,500 buku roti ke masjid

Program Cahaya Ramadan: Gardenia santuni 50 keluarga asnaf,  edar 138,500 buku roti ke masjid

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. meneruskan komitmen sosialnya sempena Ramadan tahun ini melalui Program Cahaya Ramadan 2026 yang memfokuskan kesejahteraan komuniti.

Pada tahun ini, 30,000 buku roti Gardenia Original Classic diagihkan kepada 20 masjid terpilih di Semenanjung Malaysia, lengkap dengan sampul raya edisi terhad bagi setiap jemaah menjadikan pengalaman Ramadan lebih bermakna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menekankan kepentingan kerjasama antara sektor korporat dan kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan serta memastikan sumbangan disalurkan secara tepat dan berkesan.

Beliau turut mengulas mengenai pendekatan strategik program ini yang bukan sekadar sumbangan, tetapi juga satu bentuk empati dan sokongan berterusan kepada masyarakat.

Sesungguhnya keprihatinan seperti inilah yang kita harapkan daripada lebih banyak pihak korporat di negara ini agar berganding bahu bersama kerajaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Program Cahaya Ramadan: Sehari Bersama Gardenia tahun itu disertai 50 keluarga asnaf yang berlangsung di Mydin Subang Jaya pada 11 Mac lalu.

Setiap keluarga dibantu oleh sukarelawan untuk memilih keperluan raya mereka sendiri, diikuti dengan majlis berbuka puasa di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) dan penyampaian sumbangan duit raya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd, Ena Suhaila Abas berkata, semangat memberi sentiasa diterapkan melalui inisiatif sosial dan kebajikan komuniti yang berterusan bagi menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban, mencipta detik yang bermakna, dan menyatukan masyarakat dalam semangat kasih sayang dan syukur,” ujarnya.

Melalui program ini, Gardenia membuktikan komitmennya dalam menyampaikan manfaat praktikal dan berimpak tinggi kepada komuniti, selari dengan aspirasi tanggungjawab sosial korporat, sambil memperkukuh nilai kebersamaan yang menjadi teras Ramadan.

Sejak dilaksanakan pada 2021, program ini telah berjaya mengedarkan sebanyak 138,500 buku roti kepada komuniti setempat.

Scroll to Top