Oh! Tidak
Video Netanyahu minum kopi jadi perdebatan netizen selepas muncul pelbagai tanda pelik yang didakwa mirip hasil AI.
Nampaknya bersungguh betul anak syaitan Benjamin Netanyahu ni nak buktikan dia masih hidup erk. Ini berikutan media sosial kecoh dengan khabar angin kononnya pemimpin negara haram Israel, ni dah mampus. Susulan itu, pihak Israel dilihat cuba berkongsi status sebenar pemimpin mereka bagi menepis dakwaan berkenaan.
Terbaharu, tular pula satu video yang menunjukkan Netanyahu sedang menikmati kopi di sebuah kafe di pinggir Baitulmaqdis. Namun bukannya meredakan spekulasi, video tersebut pula mencetuskan perdebatan baru apabila ramai mula mempersoalkan ketulenannya.
Video pemimpin negara haram ni pun nampak macam AI, lol
Antara perkara yang mencuri perhatian ialah gerakan cawan kopi dalam video tersebut. Walaupun cawan kelihatan penuh dengan air, kuantitinya tidak berubah walaupun selepas diminum.
Selain itu, ada juga yang perasan air dalam cawan tidak tertumpah walaupun diangkat dengan laju. Malah, wajah Netanyahu dalam video itu juga dikatakan tidak menunjukkan kerutan seperti biasa ketika menghirup minuman panas.
Perkara ini membuatkan ramai mula mengesyaki kemungkinan penggunaan teknologi AI bagi menghasilkan video tersebut.
Beza kualiti video dan gambar tambah persoalan

Satu lagi perkara yang menimbulkan tanda tanya ialah perbezaan kualiti antara video dan gambar yang dikongsikan. Video tersebut kelihatan agak kabur, tetapi gambar yang dimuat naik oleh pemilik kedai kopi pula tampil lebih jelas.
Selain itu, netizen juga mendapati sosok individu di belakang Netanyahu tidak kelihatan pada skrin kamera DSLR yang dipegang oleh jurugambar di lokasi.
Perbezaan ini membuatkan ramai beranggapan bahawa visual tersebut mungkin telah dihasilkan menggunakan teknologi AI yang semakin canggih.
Lelaki Malaysia tarik perhatian ubah wajahnya pegang kopi di tempat sama jadi lebih realisitik

Di tengah perdebatan hangat ini, seorang lelaki tempatan turut mencuri perhatian selepas berkongsi gambar yang hampir sama dengan situasi di kafe tersebut.
Menariknya, dia mengakui menghasilkan gambar itu menggunakan enjin AI Gemini. Hasilnya, gambar yang dikongsikan kelihatan seolah-olah dia juga berada di kafe yang sama bersama Netanyahu.
Perkongsiannya membuatkan ramai netizen global terhibur kerana menunjukkan betapa mudahnya menghasilkan visual seperti itu hanya melalui prompt AI sahaja.

Lebih mencuit hati, lelaki tersebut turut berkongsi satu lagi gambar menunjukkan cawan kopinya benar-benar habis diminum, tidak seperti dalam video Netanyahu yang dilihat masih penuh walaupun selepas diminum.

Pssttt! Macam kelakar pula kan. Kalau betul la syaitonn ni hidup, kenapa pula dia ni nampak try hard sangat nak buktikan dia masih hidup. Harap betul la kau dah mampus, kalau belum, harap cepat-cepat la mampus. Amin
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




