18 Mac 2026 12:34am
Masa membaca: 4 minit

Hospital berkenaan merupakan antara infrastruktur awam yang menjadi sasaran sepanjang konflik yang meletus. Foto fail Agensi
KUALA LUMPUR – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mendedahkan sebanyak 53 hospital telah musnah di Iran sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada 28 Februari lepas.
Menurut Agensi Berita Mehr, diplomat tertinggi Iran itu menyatakan bahawa hospital-hospital berkenaan merupakan antara infrastruktur awam yang menjadi sasaran sepanjang konflik yang meletus susulan serangan berkenaan.
Beliau dipetik sebagai berkata bahawa ketika musuh-musuh Iran menuduh negara itu menyerang kawasan kediaman dan orang awam tanpa bukti, mereka sendiri terus menyasarkan lokasi awam termasuk sekolah, hospital dan bangunan kediaman.
Merujuk kepada serangan ke atas Stadium Azadi di Teheran yang mengakibatkan kemalangan jiwa dalam kalangan komuniti sukan Iran, Araghchi menegaskan bahawa musuh Iran jelas mengabaikan norma antarabangsa dan sengaja menyasarkan kawasan orang awam. – Bernama
Ringkasan AI
- KUALA LUMPUR – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mendedahkan sebanyak 53 hospital telah musnah di Iran sejak 28 Februari lepas
- Diplomat tertinggi Iran itu menyatakan hospital-hospital tersebut sebagai sasaran dalam konflik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel
- Araghchi berkata musuh-musuh Iran menuduh negara itu menyerang kawasan kediaman tanpa bukti sambil mereka menyerang sekolah dan hospital
- Serangan ke atas Stadium Azadi di Teheran menyebabkan kemalangan jiwa dalam kalangan komuniti sukan Iran
- Musuh Iran sengaja menyasarkan kawasan orang awam, mengabaikan norma antarabangsa



