Pelakon popular, Syatilla Melvin, mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman pertamanya pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menaiki kereta api.
Balik raya naik kereta api
Screenshot
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin memberitahu perayaan kali ini dia bersama keluarga memilih pengangkutan awam untuk perjalanan pulang ke kampung di Parit Buntar.
“Balik kampung! First time experience balik raya naik train. Parit Buntar aku datang!,” ciapannya, semalam.
Dalam masa sama, pelakon tersebut turut memohon bantuan orang ramai selepas memaklumkan kad pemegang (card holder) milik anaknya tercicir di stesen Sungai Buloh.
Menurutnya, kad itu mengandungi duit raya milik anaknya dan berharap sesiapa yang menemuinya dapat menghubunginya semula.

“Siapa terjumpa card holder warna putih tercicir dekat stesen Sungai Buloh, please roger Tilla. Anak aku punya tu, ada duit raya dia terselit. Terima kasih semua,” tambahnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sikap pelakon itu yang dikatakan sangat merendah diri kerana memilih pengangkutan awam berbanding pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan mewah.
Malah ada juga yang turut mendoakan agar perjalanan mereka dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Seronok naik pengangkutan awam

Semoga selamat sampai

Sempoi naik train

Artikel lain: Anak dah boleh jadi imam, Syatilla Melvin sebak ketika solat
Terdahulu, aktres itu pernah berkongsi kisah sebak apabila anak lelakinya, Syeriv Samheizy yang baru berusia tujuh tahun menawarkan diri menjadi imam solat ketika di rumah.
Syatilla telah memuat naik foto memaparkan anak lelakinya itu sedang menunaikan solat sambil meluahkan perasaan bangga terhadap Syeriv selepas memimpin ibadah tersebut.
Sumber: Threads samtilla



