Iran serang lebih 100 sasaran ke atas Israel, balas kematian Dr Ali Larijani

Iran serang lebih 100 sasaran ke atas Israel, balas kematian Dr Ali Larijani
Iran serang lebih 100 sasaran ke atas Israel, balas kematian Dr Ali Larijani

Tangkap layar rakaman pada 18 Mac 2026 menunjukkan gelombang ke-61 Operasi Janji Benar 4 oleh Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC). Foto Agensi

TEHERAN – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mendakwa telah menyerang lebih 100 sasaran di Tel Aviv sebagai tindak balas terhadap kematian Dr Ali Larijani dalam serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, IRGC memaklumkan serangan itu dilakukan menerusi gelombang ke-61 Operasi Janji Benar 4 yang sedang berlangsung.

Menurut kenyataan itu, sasaran berkenaan diserang menggunakan peluru berpandu pelbagai kepala peledak Khorramshahr-4 dan Qadr, selain peluru berpandu Emad serta Kheibar Shekan, sebagai usaha membalas kematian Larijani yang juga bekas Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran.

“Dalam serangan kilat yang intensif ini, peluru berpandu Khorramshahr-4 dan Qadr berjaya mengenai lebih 100 sasaran ketenteraan dan keselamatan di tengah wilayah diduduki tanpa sebarang halangan,” menurut kenyataan tersebut.

IRGC turut mendakwa kejayaan operasi itu berpunca daripada ‘keruntuhan sistem pertahanan udara berlapis dan berteknologi tinggi’ milik rejim Zionis.

Maklumat lapangan juga menunjukkan berlakunya gangguan bekalan elektrik sebahagian di Tel Aviv susulan serangan tersebut, sekali gus menyukarkan pasukan keselamatan mengawal keadaan serta menjalankan operasi menyelamat.

Menurut IRGC, operasi berkenaan setakat ini telah menyebabkan lebih 230 warga Israel terbunuh atau cedera.

Serangan balas itu dilancarkan selepas Washington dan Tel Aviv memulakan siri serangan terbaharu yang disifatkan sebagai pencerobohan terhadap republik Islam tersebut.

Selain Tel Aviv, sasaran lain termasuk bandar suci yang diduduki, al-Quds, pelabuhan Haifa, Be’er Sheva yang menjadi pusat teknologi Israel, serta kawasan Gurun Negev.

Pangkalan Amerika Syarikat di seluruh rantau Asia Barat termasuk di Qatar, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Arab Saudi turut menjadi sasaran serangan balas intensif.-Agensi

Ringkasan AI

  • Kor Pengawal Revolusi Islam menyerang lebih 100 sasaran di Tel Aviv sebagai respons terhadap kematian Dr Ali Larijani
  • Serangan menggunakan peluru berpandu Khorramshahr-4, Qadr, Emad, dan Kheibar Shekan
  • Kejayaan operasi dikaitkan dengan keruntuhan sistem pertahanan udara Israel
  • Serangan menyebabkan gangguan bekalan elektrik sebahagian di Tel Aviv
  • Lebih 230 warga Israel terbunuh atau cedera akibat serangan tersebut
Scroll to Top