Penyanyi kumpulan Elite, Azza tampil membidas dakwaan dirinya tidak semenggah dan bersikap ‘sendu’ ketika bertemu individu tertentu di sebuah majlis.
Menurut Azza atau nama lengkapnya, Noor Azzarima Zawari, 49, persepsi itu timbul bukan kerana sikap sombong, sebaliknya berpunca daripada rasa rendah diri yang diakui masih ada dalam dirinya.
“Minta maaf kalau saya tak salam datin ke apa, sebab mana mungkin B40 macam saya nak salam datin yang T20. Saya ni ada penyakit rendah diri,” katanya.
Mengulas gelaran ‘sendu’ yang dilemparkan, Azza bagaimanapun tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang negatif, malah menyifatkan ia selari dengan kematangan usia.
“Sendu tu okay lah datin, umur macam kita ni kan tak sama dengan yang 20-an.
“Masa 20-an tu dah terpaling dah datin. Umur 40 ni eloklah sendu sikit,” katanya.
Tambahnya, keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada ketenangan dan kestabilan berbanding mengejar populariti semata-mata.
“Masa bersama keluarga, pergi masjid, berniaga. Saya pula boss, tak pakai duit datuk pakai duit sendiri saja.
“Gelaran artis tak bawa ke kubur datin. Usia kita macam ni sendu tu perlu tenang-tenang saja,” katanya.
Terdahulu, Azza membalas kritikan seorang individu yang mendakwa dia tidak semenggah serta kurang mesra ketika berinteraksi ketika saling bersemuka.





