Tel Aviv: Tiga pesawat persendirian yang diletakkan di Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv mengalami kerosakan “teruk” selepas terkena serpihan peluru berpandu Iran yang dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel, kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel pada Rabu.
Pihak berkuasa itu berkata, kerosakan itu berlaku sejak beberapa hari lalu. Ia tidak memberikan butiran mengenai pemilik pesawat berkenaan.
Sejak serangan udara pimpinan AS – Israel ke atas Iran bermula pada 28 Februari, yang mencetuskan tembakan peluru berpandu ke Israel dari Iran, penerbangan komersial dihentikan di pintu masuk udara utama negara itu.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan Israel mengendalikan penerbangan untuk menghantar pulang rakyat yang terkandas di luar negara.
Terdapat juga penerbangan keluar yang terhad, dengan Lapangan Terbang Ben Gurion juga digunakan oleh tentera Israel dan AS.
Separuh daripada peluru berpandu Iran yang memasuki ruang udara Israel dikatakan sebagai peluru berangkai, yang terbuka di udara dan menyebarkan sehingga beberapa ratus “bom” di kawasan yang luas.
© New Straits Times Press (M) Bhd



