
Guruh, kilat dan hujan lebat melanda Doha dan kawasan sekitarnya. – Foto The Qatar Meteorology Department
DOHA – Ribut petir luar biasa yang tidak lazim bagi Qatar yang biasanya kering, disertai guruh, kilat dan hujan lebat melanda Doha dan kawasan sekitarnya, menurut laporan seorang wartawan RIA Novosti dari bandar itu.
Ribut tersebut melanda ibu negara Qatar itu pada malam Ahad.
Kilatan petir menerangi langit, manakala hujan turun dengan begitu lebat sehingga kelihatan berwap.
Dentuman guruh yang kuat dan kerap menyebabkan penduduk Qatar yang biasa dengan sistem pertahanan udara semasa perang dengan Iran pada awalnya menyangka ia adalah letupan.
Hujan adalah fenomena yang sangat jarang berlaku di Qatar sehingga pihak berkuasa negara itu secara berkala menggesa penduduk untuk mengadakan solat sunat di masjid bagi memohon hujan. – Bernama-Sputnik/Ria Novosti
Ringkasan AI
- Ribut petir luar biasa melanda Doha, Qatar disertai guruh, kilat dan hujan lebat
- Ibu negara Qatar itu dilanda ribut pada malam Ahad
- Kilatan petir menerangi langit Doha dan hujan turun sangat lebat
- Dentuman guruh yang kuat dan kerap menyebabkan kekeliruan dengan letupan
- Hujan adalah fenomena yang jarang berlaku di Qatar, penduduk diajak solat sunat memohon hujan



