Tular Video Pasangan Bogel Di Kubur, Polis Jalankan Siasatan

Tular Video Pasangan Bogel Di Kubur, Polis Jalankan Siasatan

Oh! Tidak

Video pasangan bogel di kubur Pulau Pinang tular, polis buka siasatan gangguan awam dan seksual.


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila satu video memaparkan pasangan berkelakuan tidak senonoh di kawasan tanah perkuburan cina tular. Kejadian ini dikatakan berlaku di Pulau Pinang dan terus mencetuskan kemarahan ramai.

Lebih mengejutkan, pasangan tersebut didakwa berada dalam keadaan tidak berpakaian di lokasi yang sepatutnya dihormati. Susulan itu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti situasi sebenar kejadian.

Siasatan polis sedang dijalankan

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan berkaitan gangguan awam serta Seksyen 509 melibatkan gangguan seksual.

Polis percaya insiden itu berlaku di salah satu tanah perkuburan di Pulau Pinang. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan sama ada kes ini berlaku baru-baru ini atau kejadian lama.- Katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Rakaman video undang kecaman ramai

Dalam video berdurasi 38 saat itu, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan bogel membelakangi kamera, manakala seorang wanita pula hanya separuh berpakaian sambil duduk di atas batu nisan.

Lebih memalukan, rakaman itu turut merakam suara seorang wanita yang menegur pasangan tersebut. Malah, wanita itu mendakwa ini bukan kali pertama pasangan berkenaan dilihat melakukan perbuatan sama di lokasi tersebut.

Dalam video sama, lelaki tersebut dilihat dengan tenang memakai semula seluarnya selepas ditegur. Wanita yang merakam video itu kemudian mengingatkan mereka bahawa kawasan perkuburan adalah tempat untuk memberi penghormatan kepada si mati.

Walaupun lelaki itu sempat memohon maaf, teguran tersebut tidak diterima dan wanita itu memberi amaran bahawa laporan polis akan dibuat terhadap mereka.

Pssttt! Kalau betul berlaku, ini memang keterlaluan dan langsung tak hormat tempat. Korang kena ingat, tanah perkuburan bukan tempat untuk buat benda tak senonoh. Jaga adab dan hormati sensitiviti orang lain, jangan sampai perbuatan sendiri memalukan diri dan keluarga.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top