Kes Pijak Al-Quran, Mahasiswa UMPSA Dibuang Universiti Serta Merta!

Kes Pijak Al-Quran, Mahasiswa UMPSA Dibuang Universiti Serta Merta!

Trending

Kes pijak al-Quran, pelajar dikenakan hukuman selepas Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bersidang pada 9 Mac lalu.


Tindakan melampau seorang mahasiswa akhirnya membawa padah apabila dia dikenakan hukuman buang universiti serta merta.

Memetik laporan Bernama, S. Vikneswaran yang merupakan Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebelum ini didakwa atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial.

Tertuduh didakwa menggunakan akaun Threads “ryandaselva” untuk memuat naik komunikasi jelik melampau dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Mahasiswa disahkan bersalah, terus dibuang universiti

Pijak Al quran

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias memaklumkan bahawa proses tatatertib terhadap penuntut lelaki itu telah selesai selepas Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bersidang pada 9 Mac lalu.

Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntut itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024.

Beliau berharap keputusan tersebut menjadi pengajaran kepada semua warga universiti agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan supaya tidak menjejaskan nama baik institusi.

Pihak universiti menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang kandungan yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Pssttt! Isu seperti ini jelas menunjukkan betapa pentingnya kita menjaga sensitiviti agama dan batas dalam bersuara, lebih-lebih lagi di media sosial. Kebebasan bersuara bukan tiket untuk menghina atau mencetuskan kebencian. Jadikan kes ini sebagai pengajaran supaya kita lebih bijak dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan.

Kredit: Bernama
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top