Datuk, cucu hilang di sungai

Datuk, cucu hilang di sungai

am@hmetro.com.my

Keningau: Lelaki warga emas bersama cucunya dikhuatiri hilang di kawasan sungai berhampiran Taman Bersatu, di sini hari ini.

Fredoline Yariki, 60, dan cucu lelakinya dikenali Idan, 7, sehingga kini dilapor belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, PKPgB Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, sepasukan sembilan anggota digerakkan sejurus menerima panggilan dan tiba di lokasi pada 6.20 petang.

“Anggota yang tiba terus mendapatkan maklumat sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sepanjang pesisir sungai.

“Operasi turut dibantu dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan mangsa dipercayai hilang di kawasan sungai dan operasi SAR akan terus dilaksana.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top