Setiu: “Ummi dah kebumi ke?” Itu pertanyaan yang terbit daripada mulut Nur Raesha Amanda Mohd Redzuan, 14, sebaik dimaklumkan ahli keluarga bahawa ibunya Nurul Hafizah Shaary, 39, meninggal dunia dalam kemalangan semalam.
Ketika kejadian di Jalan Jerangau-Jabor, dekat Felda Jerangau, Dungun itu, kenderaan dipandu Nurul Hafizah hilang kawalan dan terbabas, sekali gus mengorbankan dirinya dan dua anak iaitu Muhammad Redzuan Arash, 13, dan Nur Radya Athalia, 4.
Nur Raesha Amanda dan adiknya Nur Rakhis Aral, 9, pula cedera dan dirawat di hospital.
Datuk saudara kanak-kanak itu, Mohd Tarmizi Said, 42, berkata, Nur Raesha Amanda bertanyakan mengenai keadaan arwah ibunya, awal pagi tadi ketika dirawat di Hospital Dungun.
Bagaimanapun katanya, kanak-kanak itu yang patah paha kini dipindahkan ke Hospital Kemaman untuk menjalani pembedahan, manakala adiknya sudah dibenar keluar hospital.
Terdahulu jenazah tiga beranak terbabit selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tong di sini pada 6.15 petang tadi.
Turut menguruskan jenazah adalah suami Nurul Hafizah, Mohd Redzuan Abdullah, 40, yang masih bersedih dengan kehilangan insan tersayang dan enggan ditemubual.
Berita Berkaitan
- Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan
- Tiga beranak maut: Bedah siasat dijalankan, suasana pilu di HSNZ
- Nur Radya ‘pergi’ dalam pelukan saya – Datuk saudara
- Dengar jeritan minta tolong dari Perodua Aruz terbalik
- Tak sangka kegembiraan kami hanya seketika
- Seorang lagi mangsa kemalangan di Jerangau maut
- Tragedi pulang dari kenduri: Adik wanita dan anak maut
© New Straits Times Press (M) Bhd



