Sakan beraya walaupun LKM sudah tamat tempoh

Sakan beraya walaupun LKM sudah tamat tempoh

mhafis@mediaprima.com.my

Klang: Tindakan dua lelaki masing-masing memandu kereta untuk pulang ke Selangor selepas beraya di kampung dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh mengundang padah apabila ditahan semalam.

Mereka ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Jalan Klang – Teluk Intan.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, pemeriksaan ke atas kereta pacuan empat roda warna hitam mendapati pemandu terbabit dari Beruas, Perak hendak ke Sekinchan.

Menurutnya, semakan mendapati LKM tamat tempoh sejak 5 September 2025 dan tiada perlindungan insurans.

“Satu lagi kereta Toyota Wish putih turut ditahan selepas LKM tamat temoh pada 7 November 2025, tiada perlindungan insurans dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL).

“Ketika ditahan pemandu terbabit dalam perjalanan dari Teluk Intan, Perak ke Sungai Besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top