Penyanyi, Nourul Depp mendakwa hubungan dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah masih belum pulih sepenuhnya, malah dipercayai dipengaruhi kehadiran orang ketiga.
Menurut Nourul, situasi yang berlaku bukan berpunca sepenuhnya daripada dirinya, sebaliknya ada campur tangan pihak luar yang memberi kesan terhadap hubungan mereka.
“Paling teruk yang kita tahu adalah apabila ada orang ketiga yang memberi idea-idea kepada anak kita.
“Memang kita tak boleh kawal anak kita, dia ada kehidupan dan dia mahu ‘explore’ hidup, teruskan tak mengapa.
“Tetapi apabila ada orang ketiga menghasut-hasut atau memberi idea atas kepentingan diri dia, itu yang membuatkan saya marah,” katanya.
Nourul berkata demikian ketika ditemu bual menerusi podcast Bukak Mulut.
Walaupun berdepan situasi yang cukup mencabar sebagai seorang ibu, Nourul memilih untuk tidak memaksa keadaan.
Sebaliknya, dia mengambil pendekatan untuk menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
“Saya biarkan sahaja sekarang sebab saya dah buat semua yang perlu dibuat dan sudah cuba macam-macam tetapi sehingga saya menjalani pembedahan, balasan yang dia berikan hanyalah ‘You get well soon’. Itu dah bukan hubungan antara anak dan ibu bapa.
“Kita dah berikan yang terbaik, dah berikan pelajaran dan dah berikan semua kepadanya dan sekarang ini, terpulang kepadanya,” katanya.
Terdahulu, hubungan Nourul dan anak sulungnya menjadi perhatian ramai apabila didakwa renggang sejak tahun 2023, namun penyanyi itu memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi secara terperinci mengenai konflik yang berlaku.
Artikel Berkaitan: “Saya Terlampau Marah, Berkecil Hati & Fokus Pada Yang Satu Sampai Berkasar Dengan Tiga Anak Lain” – Nourul Depp
Artikel Berkaitan: “Kuasa Melepaskan, Satu Hari Nanti Awak Akan Sedar…” – Nourul Depp Luah Rasa Rindu Pada Ayu Nazirah
Sumber: myaudioplus




