“Saya Dah Maklum Siapa Perlu Bayar” – Ben Ladin Tampil Perjelas Isu Gaji Pekerja Tertunggak

“Saya Dah Maklum Siapa Perlu Bayar” – Ben Ladin Tampil Perjelas Isu Gaji Pekerja Tertunggak

Penyanyi, Ben Ladin akhirnya tampil bersuara susulan dakwaan seorang individu yang mendakwa bayaran gajinya masih belum dilunaskan selepas tugasan selesai.

Menjengah ke ruangan balas hantaran yang tular di Threads, Ben atau nama penuhnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 25, menjelaskan dia sudah pun memaklumkan pihak sebenar yang bertanggungjawab untuk membuat bayaran tersebut.

“Tak apa sebab saya dah cakap apa yang patut dan siapa yang patut bayar gaji awak. Teruskan dengan tindakan awak, saya dengan tindakan saya.

“Jangan lupa cerita sekali barang hilang,” katanya.

Terdahulu, seorang individu memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang memaparkan tuntutan gaji yang didakwa masih tertunggak sehingga menjelang Hari Raya.

Individu berkenaan turut meluahkan kekecewaan apabila bayaran masih belum diterima, malah mendakwa tidak dapat menyambut Aidilfitri seperti orang lain.

“Orang cari duit raya tapi ini balasnya. Saya tak akan padam selagi gaji saya tak dibayar.

“Saya tak beraya sebab gaji tak dapat lagi. Sesiapa yang nak kerja dengan dia lepas ini tolong hati-hati,” katanya.

Selain itu, individu terbabit juga mendakwa janji bayaran yang sepatutnya dibuat pada malam raya atau hari pertama Aidilfitri tidak ditunaikan.

Scroll to Top