Empangan Bukit Kwong, beberapa sungai di Kelantan di bawah paras normal

Empangan Bukit Kwong, beberapa sungai di Kelantan di bawah paras normal

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Cuaca panas dan kemarau menyebabkan paras air empangan Bukit Kwong di Rantau Panjang berada di bawah paras normal.

Bacaan bagi empangan berkenaan adalah 15.47 meter berbanding paras normal 16.76 meter.

Berdasarkan, https://publicinfobanjir.water.gov.my/, beberapa sungai utama juga berada di bawah paras normal iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 3.23 meter berbanding paras normal 5 meter.

Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga berada di bawah paras normal iaitu 18.23 meter berbanding normal 19 meter, Sungai Kelantan di Kuala Krai (15.63 meter berbanding normal 17 meter).

Selain itu, Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (25.28 meter berbanding normal 28 meter) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (0.23 meter berbanding normal 1 meter).

Dua lagi sungai yang berada di bawah paras normal adalah Sungai Melor di Bachok dan Sungai Semerak di Pasir Puteh masing-masing dengan bacaan 5.29 meter dan 2 meter.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top