Kes Mayat 3 Beranak Di Merbok, Polis Dedah Perkembangan Yang Mengejutkan | Trending – Oh! Media

Kes Mayat 3 Beranak Di Merbok, Polis Dedah Perkembangan Yang Mengejutkan | Trending – Oh! Media

Trending

Polis menjumpai mayat pasangan suami isteri di dapur rumah, mayat anak lelaki di tingkat atas.


Satu kejadian menyayat hati dilaporkan berlaku di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani apabila pasangan suami isteri ditemui meninggal dunia dalam keadaan tidak sempurna (terpisah kepala dan badan).

Manakala seorang lagi anak lelaki mangsa ditemui maut dengan kesan kelar di leher.

Kes ini mula terbongkar selepas jiran menyedari sesuatu yang tidak kena apabila penghuni rumah tersebut sudah beberapa hari tidak kelihatan, selain terhidu bau busuk yang kuat dari kawasan rumah.

Mayat suami isteri ditemui dalam keadaan tak sempurna

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Zikri Abdul Rahman dan isterinya Suraya Man ditemui dalam keadaan tidak sempurna di bahagian dapur rumah.

Metro
Foto Harian MetroZuliaty Zulkiffli

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, mayat pasangan itu ditemui dibungkus menggunakan permaidani dan kain.

Polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 12.30 malam tadi yang memaklumkan bahawa pasangan suami isteri yang menghuni rumah terbabit sudah tiga hari tidak kelihatan selain terhidu bau busuk sekitar kawasan rumah.

Polis mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan gelap, ada bau busuk yang kuat dan pintu berkunci dari dalam.

Kita terpaksa pecah masuk dan menemui dua mayat, pasangan suami isteri, yang berbungkus dan ditutupi dengan permaidani serta pakaian, di kawasan dapur rumah itu.

Lebih mengejutkan apabila polis mendapati ada percikan darah pada kawasan ruang tamu malah terdapat tanda percubaan untuk melupuskan mayat kerana terdapat kesan di ruang tamu yang sudah dibersihkan.

Anak lelaki ditemui di tingkat atas dengan kesan kecederaan

Bunuh

Satu lagi jasad iaitu anak lelaki kepada wanita tersebut, Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz ditemui di dalam bilik di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan.

Mangsa ditemui dengan kesan kecederaan di bahagian leher. Polis turut memaklumkan bahawa keadaan mayat pasangan suami isteri yang sudah membengkak dan berbau kuat menunjukkan mereka dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemui.

Polis juga percaya kejadian pembunuhan mungkin berlaku di lokasi lain sebelum mayat dibawa dan dikumpulkan di rumah tersebut.

Sp2

Selain itu, pada mayat pasangan suami isteri itu terpisah kepala dan badan kedua-duanya dalam keadaan mulai reput manakala satu lagi mayat dalan keadaan masih baru. Selain itu ada mayat yang dipotong dalam proses untuk dilupuskan termasuk kedua-dua kepala terputus manakala badan lain ada kesan pemotongan. Selain itu polis turut menemui beberapa senjata tajam dikumpulkan dalam bekas yang dikumpulkan berdekatan mayat ketiga.

Menurut Hanyan, siasatan awal mendapati kes ini menjurus kepada perbuatan bunuh dan suspek juga dipercayai sudah meninggal dunia.

Maklumat yang diperoleh menyatakan bahawa lelaki berusia 29 tahun itu pernah mengalami gangguan mental pada tahun 2018 ke 2019, namun tidak pernah mengganggu masyarakat sekeliling.

Dalam masa sama, Hanyan berkata setakat ini lima orang saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Pssttt! Kes seperti ini memang mengejutkan dan menyentuh emosi, lebih-lebih lagi melibatkan satu keluarga. Apa sebenarnya yang berlaku masih menjadi tanda tanya dan menunggu jawapan daripada pihak berkuasa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top