Ada Orang Ketiga Menghasut, Nourul Depp Akui Silap Layan Anak Seperti Kawan

Ada Orang Ketiga Menghasut, Nourul Depp Akui Silap Layan Anak Seperti Kawan

Kemelut hubungan penyanyi Nourul Depp bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah masih lagi belum menemui jalan penyelesaian meskipun sudah beberapa tahun.

Menerusi satu podcast, Nourul berkata sebagai ibu, dia sudah melakukan yang terbaik buat anak perempuannya itu serta menyerahkan segalanya kepada Allah.

BACA: Hidap Kanser Saluran Faraj, Nourul Terpaksa Buang Uterus & Ovari

“Saya lepaskan pada Allah SWT dan biar Dia yang tunjukkan, dedahkan dan uruskan. Saya biarkan sahaja sekarang sebab saya sudah buat semua yang perlu dibuat .

“Sudah cuba macam-macam tetapi sehingga saya menjalani operation dan sebagainya, respon yang dia berikan hanyalah ‘You get well soon’. Itu sudah bukan hubungan antara anak dan ibu bapa.

“Apa yang paling sakit apabila hubungan antara ibu dan anak berubah. Kita sudah berikan yang terbaik, sudah berikan pelajaran dan sudah berikan semua kepadanya dan sekarang ini, terpulang kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Nourul berkata keadaan itu dipercayai berlaku selepas wujudnya pihak ketiga yang mempengaruhi anaknya.

“Paling menyakitkan apabila wujudnya orang ketiga yang memberi idea kepada anak saya. Semestinya saya tidak mampu mengawal anak kita sepenuhnya kerana dia juga mempunyai kehidupan sendiri dan berhak meneroka haluan hidupnya.

“Tapi bila ada orang ketiga yang menghasut atau memberi idea atas kepentingan diri sendiri, itu yang buat saya marah,”katanya.

Dalam pada itu, Nourul mengakui kesilapannya kerana menganggap anak perempuannya itu sebagai kawan kerana hubungan antara ibu bapa dan anak perlu ada batas.

“Saya dengan anak, memang jadi kawan dan salah saya jadikan kawan. Ibu bapa dengan anak tidak boleh jadikan kawan.

“Kita boleh baik dan terbuka tetapi sentiasa mengingatkan mereka, kita adalah ibu mereka dan mereka tidak boleh buat kita seperti dia buat pada kawan atau tidak boleh bercakap seperti itu,” katanya. 


Scroll to Top