Usahawan Datuk Seri Alha Alfa menitipkan pesanan buat mereka yang bakal pulang ke ibu kota selepas berhari raya untuk menjalankan tanggungjawab sebelum meninggalkan rumah ibu bapa.
Menerusi perkongsian di Threads, Alha turut berpesan kepada diri sendiri untuk mengemas rumah ibu bapa atau kampung halaman sebelum pulang.
BACA: Alha Alfa Serah RM20,000 Bantu Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

Menurut Alha, kasihan kepada ibu bapa atau atuk nenek yang perlu mengemas selepas anak cucu pulang ke ibu kota.
“Nak pesan sIkit dekat diri sendiri dan korang-korang. Selesai dah raya? Nak balik umah masing-masing dah dari kampung?
“Sebelum balik tolong kemas-kemas balik rumah mak-mak korang, yang menumpang rumah nenek ke apa, kemas balik macam asal.
“Yang ada anak kecil buang pampers-pampers tu, tolong pergi buang sampah-sampah tu siap-siap. Dekat dapur topup balik beras gula susu, telur apa semua,” katanya.
Sementara itu, Alha berkata meskipun ibu bapa gembira menyambut kepulangan anak-anak namun mereka akan rasa tertekan jika perlu mengemas semuanya.
“Kesian mak ayah nenek kite semua kan? Dari mereka gembira, lepas tu tekanan nak mengemas dan barang dapur habis,” katanya.




