Pereka fesyen, Hatta Dolmat meluahkan rasa kurang senang melihat golongan lelaki mengenakan pakaian wanita serta berkebaya.
Menerusi perkongsian di Threads, Hatta dilihat meninggalkan komen dalam satu hantaran seorang lelaki yang memakai baju kebaya.

Turut menjadi perhatian, rata-rata netizen memberikan komen seolah menyokong perbuatan lelaki berkenaan.
Hatta meminta agar tidak menggalakkan perkara yang salah serta berharap individu berkenaan memikirkan mengenai perasaan ibu bapa serta mengatakan banyak baju yang lebih cantik boleh digayakan.




