am@hmetro.com.my
Lenggong: Peniaga cedera apabila empat khemah menjual mercun dan bunga api di Jalan Kuala Kangsar-Baling berhampiran Dataran Lenggong di sini terbakar, hari ini.
Difahamkan lelaki berusia 34 tahun itu cedera selepas terjatuh ketika cuba untuk memadamkan kebakaran.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.48 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi.
“Kebakaran membabitkan empat khemah terbuka dengan keluasan 20 x 20 kaki (37.16 meter persegi) setiap satu terbakar 90 peratus dan seorang lelaki berumur 34 tahun cedera.
“Kerja pemadaman segera dilaksana dengan api berjaya dikawal pada 3.41 petang dan padam sepenuhnya 3.56 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




