“Saya Kenal Saddiq 33 Tahun, Pertama Kali Lihat Dia Kata ‘I Love You’” – Space Dollah

“Saya Kenal Saddiq 33 Tahun, Pertama Kali Lihat Dia Kata ‘I Love You’” – Space Dollah

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah meluahkan rasa gembira melihat adiknya kini ke fasa seterusnya bersama Bella Astillah.

Memetik Astro Awani, Dollah berkata momen pertunangan adiknya itu membawa makna besar buat dirinya yang mengenali Saddiq selama lebih tiga dekad.

BACA: Syed Saddiq Beri Hantaran Akaun SSPN Buat Anak-Anak Bella Astillah 

“Saya kenal Saddiq selama 33 tahun, dan beberapa bulan lalu adalah kali pertama saya melihatnya dan dia berkata, ‘I love you’. Jadi saya sangat gembira untuk melihat Saddiq akhirnya tying the knots,” katanya.

Sementara itu, Dollah berkata ramai dikalangan peminat mereka menantikan detik gembira berkenaan dan dia juga seakan tidak percaya momen tersebut akhirnya berlaku.

“Its still a bit surreal…(macam tak percaya) kebanyakan netizen Malaysia, komuniti BASS, keluarga BASS, menunggu hari ini berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Dollah turut memberi bayangan majlis perkahwinan pasangan itu dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat.

“The wedding will be very, very soon… insya-Allah,” katanya.

Sumber: Astro Awani


Scroll to Top